Monday, December 18, 2006

12 Sifat Sahabat

1. Jika Engkau Berbuat Bakti Kepadanya, Ia Akan Melindungimu.

2. Jika Engkau Rapatkan Persahabatan Dengannya, Dia Akan Membalas Baik Persahabatanmu itu.

3. Jika Engkau Perlukan Pertolongan Daripadanya Ia Akan Membantumu.

4. Jika Engkau Menghulurkan Sesuatu Kebaikan Kepadanya, Ia Akan Menerima Dengan Baik

5. Jika Ia mendapat Sesuatu Kebajikan (Bantuan) Daripadamu, Ia Akan Mengahargai Atau Menyebut Kebaikanmu.

6. Jika Ia Melihat Sesuatu Yang Tidak Baik Daripadamu, Ia Akan Menutupnya.

7. Jika Engkau Meminta Sesuatu Bantuan Daripadanya, Ia Akan Mengusahakannya.

8. Jika Engkau Berdiam Diri (Kerana Malu Hendak Meminta), Ia Akan Menanyakan Kesusahanmu.

9. Jika Datang Sesuatu Bencana Menumpa Dirimu, Ia akan Meringankan Kesusahanmu.

10. Jika Engkau Berkata Kepadanya, Nescaya Ia Akan Membenarkanmu.

11. Jika Engkau Merancangkan Sesuatu, Nescaya Ia Akan Membantumu.

12. Jika Kamu Berdua Berselisih Faham, Nescaya ia Lebih Senang Mengalah Untuk Menjaga Kepentingan Persahabatan.


Untuk Mendapat sahabat yang baik, kita perlu menjadi sahabat yang baik terlebih dahulu kepada orang lain. Semoga persahabatan dan persaudaraan kita dengan kawan sentiasa berkekalan dan mengukuhkan lagi tali persaydaraan sesam Islam

Sunday, December 17, 2006

Rasullah SAW Al-Quran diturunkan kepadanya

Sebelum kedatangan cahaya Islam, masyarakat Arab ketika itu digelar masyarakat Jahiliyyah. Mereka masih berpegang kuat kepada agama nenek-moyang yang terdahulu dengan menyebah berhala-hala yang dicipta dengan tangan-tangan mereka sendiri. Meminum arak, berpoya-poya, berperang, dan membunuh anak-anak- perempuan yang baru lahir menjadi sebahagian daripada amalan masyarakat Jahiliyyah ketika itu.

Nabi Muhammad SAW yang ketika itu tinggal di Mekah, tidak berasa selesa dengan keadaan masyarakatnya. Nabi Muhammad SAW yang sewaktu itu telah pun berusia 40 tahun, tidak mampu melakakun apa-apa untuk menyekat kejahatan yang mereka lakukan. Lalu, di Gua Hira' yang terpecil dari bandar Mekah menjadi tempat menenangkan fikiran. Seawal pagi Nabi Muhammad SAW akan keluar dari rumah dan pergi ke Gua Hira', menjelang malam barulah Nabi Muhammad SAW akan pulang. Kadang-kadang Nabi Muhammad SAW akan tinggal beberapa hari di Gua Hira' itu dan isterinya Khadijah, akan menghantar bekalan makanan kepadanya. Begitulah keadaan Nabi Muhammad SAW sehinggalah berlakunya satu kejadian yang akhirnya membawa perubahan besar kepada penduduk Mekah khasnya dan seluruh alam secara amnya.

Hari itu, seperti biasa Nabi Muhammad SAW pergi ke Gua Hira' dan ketika itulah Nabi Muhammad SAW didatangi sesuatu yang belum pernah lagi dilihat selama hidupnya. Sesuatu yang ganjil itu adalah Malaikat Jibril yang merupakan penghulu kepada segala malaikat. Kepada Nabi Muhammad SAW diajarnya membaca. Tetapi, keadaan Nabi Muhammad SAW yang tidak pernah mengenal huruf menyulitkannya untuk mengikuti bacaan Malaikat Jibril itu. Beberapa kali diulangi oleh Nabi Muhammad SAW: "Aku tidak tahu membaca." Lalu, Malaikat Jibril memeluk Nabi Muhammad SAW dan memintanya mengulangi bacaannya. Tiba-tiba, dengan lancar mulut Nabi Muhammad SAW mengikut setiap bacaan Malaikat Jibril itu. Itulah wahyu pertama daripada Allah SWT untuk hamba-Nya yang bernama Muhammad itu. Dengan wahyu pertama itulah menjadi saksi bahawa Allah SWT telah melantik Nabi Muhammad SAW menjadi rasul akhir zaman dan penutup segala nabi dan rasul yang telah diutuskan-Nya.

Melalui perantaraan Malaikat Jibril, Nabi Muhammad SAW menerima al-Quran daripada Allah SWT secara berperingkat dalam tempoh 23 tahun. Selama 13 tahun al-Quran diturunkan di Mekah dan selama 10 tahun di Madinah. Al-Quran yang menjadi panduan lengkap kepada seluruh umat manusia merupakan mukjizat agung Nabi Muhammad SAW sehinggalah hari kiamat. Dalam al-Quran ada segalanya yang manusia perlukan dalam kehidupan mereka. Jika ada perkara yang tidak diterangkan dalam al-Quran, Nabi SAW akan menerangkannya pula di dalam sunnah-sunnahnya. Seperti kewajipan mengerjakan solat yang tidak dinyatakan cara sunnah Nabi Muhammad SAW. Mejelang waktu wafatnya, aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah aku tinggalakan kepada kamu dengan dua perkara yang sekali-kali kamu tidak akan sesat, selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya."

Friday, December 1, 2006

Mimpi

Mimpi adalah sesuatu yang boleh membuatkan kita ketakutan dan gembira. Saya akan menceritakan mimpi saya yang seram.

Pada waktu malam, saya sedang menonton TV. Tiba-tiba saya merasa mengantuk dan terus masuk ke bilik tanpa mematikan TV. Saya menukarkan pakaian tidur dan terus baring katil dan mempejamkan mata saya.

Tiba-tiba saya terdengar sesuatu di dalam almari saya. Almari itu saya terlupa untuk menutupkannya. Saya ternampak seorang perempuan yang berada di almari itu, dia memandang saya dengan mata yang tajam. Gigi perempuan itu bertaring dan berdarah.
Lalu saya menjerit meminta tolong ayah dan abang. Tetapi ayah dan abang saya tidak dengar jeritan saya dan saya terus lari daripada bilik itu, tetapi perempuan itu terus mengekori saya dengan gerak bergantung di dinding.
Terus saya masuk ke bilik ayah saya dan membangunkannya. Tiba-tiba ayah saya buka mata dan senyum dengan saya secara tiba-tiba. Terus saya pengsan.

Rupa-rupanya saya hanya bermimpi. Saya sepatutnya mengambil air wuduk sebelum tidur pada hari yang seterusnya untuk mengelakkan daripada mimpi yang seram.