Orang yang pentingkan dirinya sendiri ini ialah orang yang tidak berkerjasama, tidak saling membantu dan tamahak.
Pada suatu hari, ada seorang budak yang bernama Imran, umurnya 12 tahun. Imran mempunyai sikap yang mementingkan dirinya sendiri. Imran orang yang kaya, manakala kawan-kawannya di sekolah kebanyakannya orang yang miskin. Di sekolah Imran membawa wang sebanyak RM20 hanya untuk membeli makanan yang istimewa. Imran langsung tidak pedulikan kawan-kawannya yang kekurangan duit. Apabila guru membuat pertandingan membuat binaan yang kukuh. Imran langsung tidak menolong kawan-kawannya untuk membuat binaan yang kukuh. Akhirnya kumpulan mereka telah mendapati tempat yang terakhir.
Semasa waktu pulang ke rumah, Imran menaiki sebuah basikal BMX. Dia mengayuh dengan laju di tepi jalan raya. Tiba-tiba ada longkang yang besar, pada masa itu. Imran terpandang sebuah kereta yang pemandu menghonkan keretanya, kerana untuk memberi amaran yang Imran akan terjatuh akan terjatuh ke dalam longkang besar itu. Imran pun tersedar, dan pada masa itu dia tidak dapat menghentikan basikalnya itu. Akhirnya dia pun terjatuh ke dalam longkang besar itu.
Pada masa itu dia baru sedar apa yang berlaku ini adalah takdir daripada tuhan yang menyebabkan perangainya yang pentingkan dirinya sendiri. Imran pun dibawakan ke hospital, ibu-bapanya amat sedih akan kejadian itu. Imran terpaksa menunggu 1 bulan untuk menyebuhkan kakinya yang patah.
Itulah kisah Imran yang pentingkan diri sendiri, jadi kita mestilah bersikap berkerjasama dan saling membantu.
Wednesday, November 29, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment